Melangtong bersama.
Pihak kami percaya bagi memastikan persekitaran taman atau tempat kediaman selamat perlunya apa yang dipanggil pengorbanan. Beberapa bulan yang lepas masalah kes kecurian berlaku tanpa belas kasihan dimana keberanian mereka boleh mengganggu keselamatan penduduk secara umumnya.
Masalah lain juga dimana pihak luar menggunakan jalan taman untuk berlumba dan ianya merbahayakan penduduk secara tidak langsung.
Mesyuarat penduduk taman bersetuju untuk sementara ini perlulah diadakan kawalan bagi kemasukkan kenderaan yang tidak dikenali. Banyak contoh perkara yang boleh menyebabkan kearah kerosakan jika tidak dibendung awal-awal lagi.
Penduduk taman dengan kerjasama AJK persatuan telah bersetuju untuk mendapatkan tong kosong(terbuang) untuk digunakan bagi tugas-keselamatan.
Hasil daripada mesyuarat lepas dimana semua bersepakat untuk memastikan adanya halangan orang luar masuk tampa kebenaran. Disebabkan itu dengan kerjasama AJK bersama penduduk telah merancang untuk mengemaskan lagi pemandangan masuk ke taman dengan menggunakan tong drum bersama palang.
Mesyuarat juga bersetuju untuk menggunakan cat kuning + hitam bagi menyerlahkan warna kerana kawasan masuk taman tidak sesuai tong tersebut diwarnakan kepada putih dan merah. Oleh itu dengan bermodalkan sedikit punca kewangan pihak AJK telah cuba mencantikkan lagi keadaan taman desa putera.
Setelah hampir seharian membanting tulang untuk menyiapkan tong tersebut dan akhirnya tibalah masa penduduk memasang tong keselamatan di tempat yang dipersetujui.
Pandangan daripada hadapan
Hasil daripada pemasangan tong tersebut sikit sebanyak telah mengurangkan kenderaan luar masuk sebanyak 50%. Sekurang-kurangnya ianya dapat membantu penduduk dan pihak persatuan percaya dengan adanya penghadang ini ianya mengurangkan kemalangan harta benda dan jiwa.
"Sebaiknya dibuat sesuatu daripada tiada apa-apa"
Hazrool