Bagaimana hendak pastikan mereka tidak menggunakan jalan taman tanpa kebenaran?
Masalah parking? menghalang jalan? menggunakan jalan belakang tanpa kebenaran? bagaimana kita sebagai penduduk hendak memberitahu secara terhormat? Adakah ini normal?
pekara ini berlaku pada bulan pussa dimana sebagai penduduk sita kemanusiaan perlu ada bagi menghormati sesama manusia. Hasil mesyuarat penduduk dimana keperluan mengeluarkan surat peringatan untuk mengeluarkan kereta daripada parking dijalan masuk dan sekitar bagi orang luar perlu dikeluarkan.
Sememangnya segelintir amat berkeras untuk memaksa pihak persatuan mengarahkan kereta terbabit keluar dan separuh daripadanya hanya berdiri diatas pagar. Disebabkan hari syawal sudah hampir dimana hasil daripada sifat manusia dengan secara dasarnya membenarkan kenderaan tersebut dibenarkan parking sehingga raya seminggu. Bermaksud sebulan daripada tarikh surat dikeluarkan dan justifikasi adalah:
1. Pada hari kejadian dimana sewaktu menyerahkan surat peringatan sedikit salah faham telah berlaku dan pihak persatuan percaya sepatutnya pemilik kendaraan itu diberikan masa kerana salah faham daripada segi polisi dan keputusan penduduk taman berkenaan dengan pekara tersebut.
2. Disebabkan salah guna kenderaan pemilik tanah dihadapan taman dimana pemilik menggunakan jalan taman untuk membawa barang buangan ketaman adalah sangat tidak boleh diterima. Pernah pihak taman menegur pekara tersebut dan malangnya ditemplak semula dan ini sangat mengecewakan penduduk secara dasarnya.
3. Pemilik kenderaan Van berniaga dimana seperti sedia maklum beliau meniaga dan menggunakan jalan belakang. Disebabkan beliau meniaga dan memerlukan jalan tersebut untuk berniaga secara perikemanusiaan dibenarkan sebulan sahaja.
Kekadang kita tidak sampai hati untuk membuat pekara seperti ini kerana disebabkan keselamatan penduduk terpaksa mengeluarkan surat berkenaan. Sehubungan dengan itu diharap semua yang diinginkan berjalan dengan lancar.
hazrool
No comments:
Post a Comment